27 December 2009

DUGAAN...



KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ."
( Surah Al-Baqarah ayat 216 )


KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
( Surah Al-Baqarah ayat 286 )


RASA KECEWA ??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pulak kamu bersedih
hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya ,
jika kamu orang-orang yang berusaha."
( Surah Al-Imran ayat 139 )


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

" Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu ( menghadapi
segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang
berkebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, di medan perjuangan ), dan bersedialah ( dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah
kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan )."
( Surah Al-Imran ayat 200 )

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah )dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
( Surah Al-Baqarah ayat 45 )


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin , diri ,
harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
( Surah At-Taubah ayat 111 )


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakkal ."
( Surah At-Taubah ayat 129 )


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ... ... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang
kafir."
( Surah Yusof ayat 12 )


Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari
kita terubat dengan janji-janji Allah... ... ... .
sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk
segala permasalahan... ..kerana ialah penawar... ..penawar untuk
kita... ... ...
marilah kita kembali kepada Al-Quran... ..kembali mengamalkan ajaran
yang terkandung sepenuhnya... ... ..
semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana... .

KENANGAN LALU


Salam kepada semua.

Dalam melewati malam yang kian sepi dan suram, ku terkenang kembali saat-saat manis yang ku lalui suatu ketika dulu. Syukur ku panjatkan kehadrat Ilahi kerana telah takdirkan diriku digelar sebagai seorang insan yang belajar di sebuah sekolah agama. Sebuah sekolah agama rakyat yang ku sayang, yang telah mendidikku supaya menjadi anak yang solehah. Masih terbayang di fikiranku saat aku menjejaki bumi Maahad, ketika itu, umurku belum lagi mencecah tujuh tahun. Ku rasa hati dan jiwaku kosong. Bagaimana di saat usiaku begitu, aku akan tinggal di asrama yang tidak diketahui keadaan dan suasana hariannya. Kelas yang tidak tertutup sepenuhnya, surau yang tiada dindingnya, dan semuanya serba kekurangan. Ku melangkah ke kantin yang dikenali 'dewan makan'. Dindingnya hanyalah menggunakan besi dan agak terbuka. Namun, tidak ku perkecilkan kerana itulah sekolah yang telah dipilih oleh ayah dan ibuku. Walaupun agak berat hati, namun ku gagahkan jua demi impian ayah dan ibu yang tercinta.

Hari pertama, aku dilayan umpama seorang raja. Aku rasa sungguh bahagia. Di sinilah, aku diajar disiplin yang tinggi. Setipa perkara yang dilakukan dari pagi sampai malam, semuanya mempunyai had masa. Aku cuba melakukan yang terbaik. Apa yang ku tahu, sekolah ini pembelajarannya bukan sahaja bahasa melayu, tapi juga bahasa arab. Namun, bahasa inggeris juga tidak ditinggalkan. Kali pertama berada di dalam kelas, aku terasa sunyi. Darjah satu ku sudah dikenali dengan sirah, fekah, tauhid, tafsir dan berbagai lagi subjek fardhu ain yang lain. Semuanya dalam bahasa arab. Kira-kira dalam 20 subjek semuanya termasuk akademik. Aku mula bimbang. Namun, ku cuba tabahkan hati menghadapi semua mata pelajaranku. Saat itu, terbayang muka ibu dan ayah yang memberi harapan. Terngiang-ngiang kata-kata ayah sebelum aku masuk ke sekolah ini. " Abah janji, kalau kak cik dapat nombor 1, abah bagi hadiah "

Aku yang ketika itu masih lagi di level yang rendah, hadiah merupakan satu benda yang diinginkan. Itulah naluri kebudak-budakan. Setiap hari, rutin kami sudah disusun oleh pihak pengurusan. Kami bersama melakukan satu perkara dalam setiap waktu. Masih terlayar di ingatan, kami akan dikejutkan pada awal pagi, kemudian masuk ke dalam surau dan berwirid. Selepas solat subuh, kami wajib menghafaz al-Quran mengikut sukatan yang telah ditentukan sehingga pukul 7.30. Kemudian, kami sarapan pagi dan menyiapkan diri untuk ke kelas. Sebelum kekelas, satu perhimpunan harian diadakan. Selepas itu, barulah kami ada kelas qiraati dan bacaan al-Quran. Seterusnya, barulah masuk kedalam kelas.

Andai ada masa lagi, ana akan sambung di lain kali. Firman Allah dalam surah an-naba' : " Wajaalna laila libasa ". " Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian bagi kamu. "...Maknanya untuk rehat dan tidur.....

10 November 2009

LELAKI DI AKHIRAT....


Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

08 November 2009

ISU BERCOUPLE ?????????????????



BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN

BERCOUPLE,
setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmaraSaling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap
orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA,
Fitrah Setiap Manusia,
MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia
menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selainfitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.
(Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan:

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-
NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat;

ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.
(an-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. DanALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseoranglelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.

Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan

(Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalamhadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Hukum Bercouple

SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja danmendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu
hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin
ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang
bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, sertaperbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah
menelefon gadis yang juga belum menikah?Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32).

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya

Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:

Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat,menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya,sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple

Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

LELAKI, PEREMPUAN...... DUA-DUA ISTIMEWA.............



Mudah Menjadi LELAKI .????

Lelaki
1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN !

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.

Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil)..

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ....

P/S : Kenapa sekarang ramai nampak seolah-olah lelaki banyak yang lembut...adakah sengaja @ tidak sengaja????????????
kalau tidak sengaja tak mengapa, kalau sengaja apa hukumnya????????????

01 November 2009

KERJA KOSONG...




KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.

C. Ahli Neraka Sementara Kemudian

Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.



EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas

untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.



TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula

dari saat membaca iklan ini.



LOKASI TEMUDUGA :

Di dalam kubur (alam barzakh).



KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil.

Anda tidak perlu bawa pingat.

Anda tidak perlu bawa wang atau harta

(yg banyak).

Anda tidak perlu berparas rupa yg

cantik, hensem atau berbadan tegap

atau seksi.

Sila bawa dokumen asal Iman dan

Amal.



PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.



ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda? allah s, w, t bukan yingyang&naga

2. Apa Agama anda?islam, bukan cina

3. Siapa Nabi anda?muhammad bukan sami buddha?

4. Apa Kitab anda? al, quran bukan kitab buah naga?

5. Di mana Kiblat anda? kaabah bukan tokkong@anak berudu

6. Siapa Saudara anda?orang2 yg beriman bukan nyer org yg sembah naga?



CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput

yang berkaliber datang menjmput



sebarkan kepada semua org yg dah terpesong ....

31 October 2009

SUJUD, PERUBATAN, APA KAITANNYA???


SAINS PERUBATAN KELEBIHAN SUJUD MENURUT PERSPEKTIF PERUBATAN

Kadangkala mungkin kita akan merasa kurang selesa sekiranyan imam Sujud terlalu lama, tetapi tahukah
kita bahawa disana ada rahsia & 1000 hikmah yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan.
Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan
setiap ciptaan allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal
manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk :
1) Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.
2) Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.Apa yang
ditekankandisini adalah sujud fizikal.

Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah
S.W.T.mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu perubatan,kesan sujud yang lama akan
Menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita.

Menurut DR.MOHD OSMAN NASIR, hikmah sujud antara lain ialah:
1. Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
3. Bernafas ketika sujud akan :
a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya .
b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallenb and womb)
c) Melegakan sakit hernia.
d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs
f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN (limpa)
g) Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
h) Meringankan bahagian PELVIS.
i) Memberi dorongan untuk mudah tidur .
j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut,punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
k) Gerakan otot -otot itu menjadikannya (otot),lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan
kelicinan perjalanan darah yang baik (smoothblood circulation).
l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan
bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
m) Mengurangkan kegemukkan (obesity).
n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,organ peranakkan mudah kembali ke tempat asal
serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions).
o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
p) Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri dihadapan Pencipta, sifat sombong,riak, takabur
dapatdikikiskan.
q) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan
mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE
IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
r) Kesan sujud seperti yang diakui fahaman agama lain umpama SIKH diPUNJAB, BUDHA
mengamalkan YOGA yang sujudnya hampir sama dengan cara sujud Islam.

30 October 2009

APA ERTI DIGELAR SAHABAT


APA ERTI DIGELAR SAHABAT?


Apa erti digelar sahabat andai material dinilai-nilaikan?

Apa erti digelar sahabat? andai ego mengatasi kejujuran
Apa erti digelar sahabat? umpat dan nista meniti di bibir bila tidak bertentangan mata.............
Apa erti digelar sahabat? syak dan curiga membatasi kepercayaan
Apa erti digelar sahabat? Hasad dan dengki dijadikan tuan

Apa erti digelar sahabat? Hanya perli-memerli ketika bercakap

Siapa bernama sahabat? kawan? teman? rakan?

Apa tafsiran untuk sahabat?
Sahabat.... ketawa dan air mata bersama menjadi tongkat tika patahnya semangat di jiwa menjadi lilin tika hati benar- benar gelap gelita memberi dan menerima........
Atau....
seperti udara sentiasa disisi tanpa di sedari....
Bukan..
seperti hujan ramah...
mendamaikan.....
Tapi.....
bila dia berlalu....
lenyap tanpa cerita tanpa berita...
Hanya kita tertanya tanya.....

29 October 2009

MUHASABAH DIRI...........


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar
mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika
nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka
kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa
yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah
dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak
kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah
kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami
mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri
kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

MENCARI TUHAN DI DUA BENUA


SAHABAT.........
RENUNGLAH DAN HAYATILAH KISAH INI. MOGA-MOGA BERGUNA KEPADA KITA SEMUA..

Mencari Tuhan di dua benua.....MENGAPA SAYA MASUK ISLAM???????????

SEORANG yang menjajahi dua benua untuk mencari kebenaran telah menemuinya di sebuah kedai buku di London, dan sekarang dia sedang berusaha agar ia dapat ditemui oleh orang lain di rak-rak kedai buku. Anak muda itu akhirnya mendapat jawapan kepada persoalan yang sudah setahun setengah mengganggu fikiran dan lubuk hatinya di sebuah kedai buku di London, iaitu selepas menjelajah dua benua bagi mendapatkan jawapannya.
Watak utama dalam kisah yang memaparkan kesungguhan dan pencarian kebenaran yang tiada hentinya ialah Othman Ajunsun, seorang Muslim berbangsa Amerika, berasal dari New York. Dia sudah memeluk Islam lebih 20 tahun dahulu. Ayah Othman meninggal dunia ketika usianya baru setahun, dan dia dibesarkan sebagai seorang Ateis di kalangan orang-orang yang tidak mempercayai Tuhan. Othman memiliki sebuah keluarga yang kecil, terdiri daripada ibunya, seorang kakak dan dirinya sendiri. Dia juga mempunyai saudara mara yang sekali sekala menjenguknya, begitu juga sebaliknya.

"Sebagai seorang kanak-kanak, saya sentiasa mempunyai kawasan berpokok yang luas di sekeliling rumah sebagai tempat bermain. Perkara pertama yang Tuhan tanamkan didalam hati saya ialah keyakinan bahawa Dia wujud," jelas Othman.

Pada tahun pertama di sekolah rendahnya, dia membuat satu laporan mengenai seorang penghuni gua, dan dia masih ingat membaca beberapa artikel yang harus dikajinya untuk menyiapkan laporan tersebut.

"Penghuni gua tidak mempercayai sebarang zat yang agung dan meyakini bahawa tidak akan ada kehidupan selepas mati," ingatnya.

Dia menambah lagi dengan mengatakan bahawa walaupun keluarganya ialah ateis dan mempunyai keyakinan yang sama dengan penghuni gua tersebut, bayangan tentang tidak ada kehidupan sama sekali selepas mati tiba-tiba membuatkan dia rasa takut.

"Saya mula menangis dan menjerit-jerit, dan keluarga saya tidak menolong kerana mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Markah saya lantas merosot ketika itu," katanya.

Oleh kerana keadaannya semakin teruk, keluarganya mengambil keputusan menghantarnya kepada seorang ahli psikiatri.

"Jangan susah hati, hanya kerana orang lain semuanya sudah mati, ini tidak bermakna yang awak juga akan mati," ingat Othman sambil meniru gaya muka ahli psikiatri itu.

Dia menghadiri kelas-kelas agama hanya untuk membolehkannya keluar lebih awal dari sekolah, dan dalam salah satu kelas tersebut, dia bertanyakan satu soalan kepada guru yang mengajar, "Bilakah Jesus tahu yang dia seorang Tuhan?"

Guru tersebut, yang agak tersentak dengan soalannya menjawab, "Itu satu soalan baik dan terdapat banyak pendapat yang berlainan mengenainya." Mengelirukan.

Peringkat kanak-kanak yang begitu mengelirukan dan memeningkan kepalanya akhirnya berlalu, dan budak lelaki kecil itu pun terus membesar bersama-sama soalan-soalan yang semakin bertambah. Tetapi baginya adalah penting untuk mencari jawapannya.
Dia mula membaca pelbagai buku agama yang berbeza tetapi semuanya tidak membawa Othman kepada kebenaran. Dia menemui beberapa orang yang menyebut tentang agama Islam, tetapi tidak pula menerangkan sesuatu mengenai ajaran agama itu sendiri.
Satu hari, dia terbaca, "Sekiranya anda mencari, anda akan menemuinya" di dalam kitab Bible. Itulah titik yang memulakan perjalanannya yang panjang dalam mencari kebenaran.

"Tuhan, saya akan berpergian. Tolonglah temukan saya kepada kebenaran " doanya sebelum dia memulakan perjalanan tersebut.

Othman menjelajahi benua Amerika dengan menumpang-numpang kereta orang, dari satu bandar ke satu bandar dengan fikiran yang penuh kekusutan dan kekeliruan. Pada satu ketika, apabila dia menumpang sebuah lori kecil ke Ohio, dia telah ditanya oleh dua orang lelaki di dalam lori tersebut,

"apakah anda hendak bekerja?"

Othman menjawab."ya, saya mahu bekerja di sebuah ladang untuk beberapa hari bagi mengetahui bagaimana keadaannya," katanya.


"Apakah yang kamu sedang cari, anakku?"

Tanya pemandu lori tersebut. Othman begitu terkejut mendengar soalan tersebut kerana dia tidak pernah memberitahu sesiapa akan tujuan pengembaraannya itu. Pada mulanya Othman agak kagum dengan lelaki yang sudah berusia itu, tetapi dia menjawab,

"Saya sedang mencari Tuhan."

Pemandu tersebut terus menoleh kepada lelaki yang berada di sebelahnya dan berkata,

"Kan saya dah katakan kepada awak tadi."

Kemudian Othman menghabiskan masa beberapa hari bekerja di sebuah ladang dengan lelaki tua tersebut. Peladang tua itu seorang yang menarik. Walaupun dia banyak menderita, Othman tidak pernah mendengar sesuatu yang buruk melainkan pujian untuk Tuhan dari mulutnya. Dari Ohio, Othman pulang ke rumahnya, dan kemudian bertolak pula ke Eropah. Dia menghabiskan masa sebulan di London. Sewaktu di London, dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan dan dia pun pergi ke kedai-kedai buku dan restoran. Sepanjang-perjalanannya itu, Othman sentiasa berdoa kepada Tuhan agar diberi-Nya petunjuk dan panduan.

"Saya begitu takut kalau-kalau saya tersalah langkah atau bertemu dengan orang yang salah, yang mungkin membawa saya kepada kesesatan,'' terang Othman.

Pada satu hari, dia pergi ke sebuah kedai buku dan melihat-lihat di dalamnya. Dia ternampak sebuah buku yang berjudul Muhammad. Buku itu pun diambilnya untuk mengetahui isi kandungannya. Dua orang lelaki yang berada di dalam kedai tersebut memerhatikannya. Mereka mendekatinya dan bertanya,

"Adakah anda berminat dengan Nabi Muhammad (s.a.w.)?" Othman tidak tahu apa yang harus dijawabnya kerana dia tidak tahu apakah kandungan di dalam buku yang telah diambilnya itu.

Kedua-dua lelaki tersebut, seorang daripadanya lelaki Muslim berbangsa Amerika, dan seorang lagi berbangsa Inggeris membawa Othman ke sebuah kedai kopi dan menerangkan tentang Islam kepadanya.

"Saya dapat merasakan dalam hati bahawa saya akhirnya menemui apa yang telah saya cari-cari selama ini. Mereka menerangkan kepada saya keseluruhan teori mengenai Islam dalam cara yang sungguh sopan, dan saya benar-benar yakin dengan penerangan mereka itu,"sambungnya lagi.

MEMPELAJARI

Kedua-dua lelaki itu kemudian membawa Othman ke rumah mereka dan menawarkan tempat tinggal di apartmen mereka. Di situlah Othman mempelajari lebih banyak tentang Islam.

"Ia satu pengalaman yang mengkagumkan. Mereka langsung tidak memaksa saya menerima apa-apa pengajaran daripada mereka; mereka cuma amalkan tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan begitulah cara saya belajar," terang Othman.

Othman memeluk Islam hanya selepas seminggu berada bersama-sama rakan-rakannya yang baru dikenalinya itu dan dia meneruskan lagi tempoh tinggalnya di rumah mereka agar dia boleh mengetahui dan belajar lebih banyak tentang Islam daripada mereka. Selepas itu, dia pun menghabiskan masa selama tiga tahun berdakwah mengenai Islam di pelbagai negara di Eropah.

"Saya diberitahu bahawa saya tidak perlu menunggu sehingga saya tahu segala-galanya mengenai Islam, sebelum saya boleh mengajak orang lain kepadanya. Apa yang ada pada saya sudah cukup untuk berbuat demikian dan saya berada bersama beberapa Muslim yang cukup alim, yang boleh memberikan saya tunjuk ajar apabila saya memerlukannya," kata Othman.

Di Pakistan, Othman mula menulis dan tujuannya hanyalah untuk menyediakan kisah-kisah yang menarik dan baik yang boleh menyumbang dalam menghiburkan dan mengajar anak-anak serta remaja tentang akhlak mulia, dan untuk menyediakan alternatif kepada bahan bacaan tidak berguna yang banyak terdapat di pasaran.

"Di dalam buku-buku saya, saya mahu memaparkan satu model untuk anak-anak kita mengikuti juga untuk mengajar mereka tentang soal-soal amanah, iman dan lain-lain perkara, di samping menghiburkan mereka agar mereka tidak leka dengan bahan-bahan yang melalaikan, yang banyak terdapat di pasaran."

Othman mula menulis di Pakistan 12 tahun lalu dan telah menghasilkan beberapa buah novel serta cerita-cerita pendek yang telah diterbitkan di seluruh dunia. Abdullah Yang Tidak Dapat Dikalahkan merupakan satu siri novel yang memaparkan kisah seorang kanak-kanak Muslim dari England yang menempuh pelbagai pengalaman dan kesukaran. Perkara yang dapat mengeluarkannya daripada segala masalah tersebut ialah iman dan akhlak Islamiahnya. Dia juga menulis lebih kurang 36 kisah-kisah pendek dan 18 buah buku. Buku-buku tersebut juga banyak menarik perhatian dan mendapat sambutan yang baik, terutamanya di Amerika Syarikat.

Othman yang sekarang tinggal di Madinah, mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Al-Manarat dan sekarang sedang menulis novelnya yang kelima dalam siri `Abdullah Yang Tidak Dapat Dikalahkan'. Buku-bukunya boleh didapati di kedai-kedai buku tempatan. Akhirnya, segala-galanya nampak sudah sempurna buat Othman. Orang yang telah menjelajahi dua benua untuk mencari kebenaran, akhirnya telah menemuinya di sebuah kedai buku London dan sekarang sedang berusaha agar ia dapat ditemui oleh orang lain di rak-rak kedai buku.