23 July 2010

SALAM PERJUANGAN



Kita bertemu kembali setelah lama ana menyepi....
Ana memohon maaf kepada pembaca semua yang menunggu-nunggu sekian lama tulisan ana yang bakal menjengah...Jutaan kemaafan ana kalungkan kerana ana tidak dapat menulis.Bukan kerana sibuk sangat semenjak kebelakangan ni...Tapi, ana pun tidak bersemangat untuk mengarang.

Sahabat-sahabat sekelian,,,,
Pertamanya marilah kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Nya kerana masih lagi mengurniakan nikmat Islam dan Iman yang ternilai jika dibandingkan dengan seisi dunia ini...Ana tidak terfikir apa yang akan ana ketengahkan pada semua sahabat untuk kali ini.Apapun, inilah ayat yang terlintas difikiran ana pada saat ini.Marilah sama-sama kita fikirkan....

" لإن شكرتم لأزيدنّكم ولإن كفرتم إن عذابي لشديد "

Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Sekiranya kamu bersyukur, nescaya aku akan tambah dan sekiranya kamu kufur, maka ingatlah bahawa siksaan-ku amat pedih.."

Inilah ayat yang sering diulang oleh ustaz ana ketika ana di sekolah menengah dahulu.Bukanlah dia tidak banyak ilmu...tapi, katanya manusia bersifat lalai dan lupa. Terkadang selepas sesaat dia mendengar sahaja boleh terlupa. Itulah sifat azali manusia yang serba kekurangan.

Bersyukurkah kita kita bila bangun di pagi hari...udara yang segar menyentuh kulit membuatkan tubuh badan kita rasa segar...detik demi detik berterusan...alam sudah menampakkan isinya...cerah bercahaya.... Apakah kita mengucapkan syukur pada Ilahi...

Bukannya susah sangat....just ucap "الحمد للّه" sahaja sudah mencukupi sambil hati mengingati Allah...

Sekian dulu buat kali ini..
Syukran sahabat-sahabatku...
Cukuplah dulu sekadar perkongsian ringkas ini...
Kita bertemu lagi di lain kali..

21 April 2010

... LAYAR QALBI ...



Ya Allah,
Kuatkanlah aku,
Tabahkanlah aku Ya Allah...
Mengapa ku rasa resah?
Mengapa ku rasa sedih?
Mengapa ku rasa lemah?
Mengapa ku rasa itu dan ini?

Ya Allah,
Seribu satu perasaan menghimpitku kala ini,
Mengapa waktu ini ia kembali...
Mengapa waktu ini juga sejarah silamku kembali menghantui...
Mengapa waktu ini juga segalanya menghampiri...
Mengapa semuanya seolah tak mengerti...
Mengapakah terjadi begini...

Ya Allah,
Tika ini..
Mengapa air mataku sentiasa mengiringi...
Walau ku cuba bertahan,
Walau mku cuba mengesat,
Namun ku tak berdaya...
Semakin laju titisannya,
Tika ditemani ayat-ayat suci-Mu...

Ya Allah,
Mengapa bacaanku tika ini langsung ku tak fahami...
Ku terus mencuba,
Mencuba dan mencuba...
Namun segalanya sia-sia...
Berjam-jam ku menatap,
Satu perkataan dan ayat tidak ku ingati...

Ya Allah,
Apakah aku hambamu yang terlalu hina?
Apakah aku hambamu yang terlalu kerdil?
Apakah aku hambamu yang terlalu banyak dosa dan kesilapan?
Apapun ya Allah,
Ku terima segalanya...

Ya Allah,
Tika sejadah terhampar,
Ku tunduk menghadap-Mu...
Tika masa lapang,
Ku berzikir dan bertasbih pada-Mu...
Tika terpandang al-Quran,
Ku mengalunkannya untuk-Mu...
Tika kepala di atas bantal,
Ku menghadiahkan al-Fatehah khusus buat kekasih-Mu...
Tiap detik dan waktu,
Kau tak pernah ku lupa...

Maka,
Ku pohon pada-Mu Ya Allah...
Tabahkan aku...
Tenangkanlah hatiku...
Permudahkanlah segala urusanku...
Berikanlah kejayaan padaku...
Andainya kejayaan itu melupakanku kepada-Mu,
Maka Kau jauhkanlah aku daripadanya...

Ya Allah,
Ku merintih pada-Mu,
Ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku..
Juga semua yang mengenaliku...
Tingkatkanlah keimanan dan ketaqwaan keatas ahli keluargaku...
Limpahkanlah nikmat dan keberkatan ke atas ahli keluargaku...
Bahagialah keluarga kami...
Bahagialah semua hamba yang bersyukur kepada-Mu...
Kekalkanlah mereka dalam nikmat Iman, Islam dan Ihsan-Mu...
Hingga ke akhir hayat...

21 February 2010

sekadar perkongsian....



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita
tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga
benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati
anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang
membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana
yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu
bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh
menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Dan cinta itu bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Semoga kalian berbahagia selalu.......
by the way, remember, religion is important for your life......don't forget it...

01 February 2010

MANGKUK, MADU DAN RAMBUT.....


Assalamualaikum.....
Buat tatapan para pembaca yang budiman....
Malam ini, ana akan menukilkan kembali kisah silam antara Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Mungkin sedikit sebanyak memberi pedoman dan menambah keilmuan dalam diri kita.

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a, dan Ali r.a., bertamu kerumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan didalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,orang yang beriman itu lebih manis dari madu dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu dan memerintah dengan adil itu lebihsulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

"Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.."

Wassalam

19 January 2010

POLIGAMI


SALAM UKHUWAH BUAT SEMUA PEMBACA....

Kita bertemu lagi di penghujung malam ini bagi melangsaikan janji ana terhadap seorang pembaca yang meminta ana menulis tentang poligami. Sebelum layar ana labuhkan, sebelum bahtera ana luncurkan, jutaan kemaafan kepada pembaca yang menggelar dirinya hamba kerana ana lambat menulis, bukan ana sengaja...tapi, ana agak sibuk kebelakangan ini. Harap dapat maaf atas kelewatan ini. Juga sekalung penghargaan ana khususkan kerana sudi memberi idea dan meminta pendapat.

Duhai sahabat,

Istilah 'poligami' merupakan satu istilah yang khusus dalam bab perkahwinan. Berbagai tafsiran, makna, pandangan dan perasaan bila istilah ini diutarakan kepada lelaki mahupun perempuan. Namun, mungkin tafsiran dan pendapat yang berbeza. Kaum wanita sememangnya agak sensitif bila mendengar istilah ini. Tetapi jauh berbeza bila istilah ini diutarakan kepada kaum adam. Apapun tafsiran kita, hakikatnya adalah satu. Makna dan definisinya adalah satu sahaja.

'POLIGAMI' bererti mengamalkan beristeri lebih daripada satu iaitu dua, tiga atau had maksimumnya empat dalam satu masa. Kadang-kadang bagi kaum hawa, mereka tidak dapat menerima hakikat ini, ada yang berkata " Islam merendahkan kaum hawa "...." Islam tidak adil " dan sebagainya. Mereka sebenarnya mengatakan kerana mereka berasa cemburu. Cemburu itu sememangnya sifat yang azali bagi kaum wanita. Sekiranya orang memahami hakikat dan sebab poligami dalam Islam, maka tidak wujudlah berbagai spekulasi yang tidak baik dihamburkan kepada agama Islam. Sebab poligami dalam Islam adalah kerana lelaki atau suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya. Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sabit merupakan satu sebabnya. Selain itu, poligami dianjurkan dalam Islam kerana lelaki menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan kalimah Allah. Sebabnya juga adalah untuk menyelamatkan kaum wanita 'andalusia' yang belum berpeluang mendirikan rumah tangga.

Duhai pembaca sekalian,

Walaupun syarak telah membenarkan poligami, namun telah ditetapkan bahawa sekiranya seorang lelaki itu ingin berkahwin lagi, beliau mestilah ' berlaku adil ' dengan tidak menzalimi isteri pertama dan anak-anaknya dari segi nafkah, kasih sayang dan giliran. Inilah satu syarat yang amat sukar untuk diberi perhatian oleh mereka yang berpoligami lantaran dibuai oleh keserokkan beristeri baru. Sebab itu Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Nisa' ayat 3 :

فانكحوا ما طاب لكم من النساء مثنى وثلث وربع فإن خفتم ألا تعدلوا فواحدة أو ما ملكت أيمنكم ذلك أدنى الا تعولوا

" Maksudnya : maka berkahwinlah (dengan sesipaa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan (lain) : dua, tiga, atau empat. Kemudian, jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu), maka berkahwinlah dengan seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." ( surah al-Nisa ; 3 )

Kadang-kadang kita selalu berfikir tentang poligami, kenapa adanya poligami dalam Islam...kadang-kadang kita dapat jawapan dan kadangkala jawapan hanya tinggal jawapan kerana buntu... Ada hikmahnya berpoligami. Mungkin dapat melahirkan zuriat bagi pasangan yang tidak dapat melahirkan anak kerana mandul, sakit dan lain-lain. Poligami juga adalah satu cara untuk melindungi kaum wanita yang tidak mempunyai suami atau kehilangan suami seperti gugur di medan perang. Antaranya juga adalah untuk mengelakkan lelaki daripada terjerumus ke lembah maksiat kerana nafsu lelaki tidak pernah kurang sedangkan nafsu perempuan makin berkurang bila bertambahnya usia. Kerana kaum wanita semakin lebih ramai daripada lelaki. Mungkin juga mengekalkan kerukunan rumah tangga.

Bila bertanya tentang penerimaan ana, agak berat juga untuk menjawab. Setiap wanita dibekalkan sifat cemburu. Wanita mempunyai perasaan yang lebih halus berbanding lelaki. Hati wanita lebih lembut berbanding lelaki yang bersifat keras. Wanita lebih cenderung menitiskan air mata bila jiwanya tersiksa kerana itulah satu-satunya senjata yang dimiliki. Wanita mana yang sanggup melihat suaminya bermesra, riang gembira dan gelak ketawa bersama perempuan lain. Walau hakikatnya dia membenarkan, namun siapa yang tahu dalam hatinya....kesabaran menggunung tinggi. Walau pada zahirnya dia tersenyum gembira, namun batinnya tersiksa, hatinya merintih pilu, sedih dan terluka. Dia selalu tersenyum untuk membahagiakan suami tercinta, namun, jiwanya lara, dia menghamburkan air mata ketika berseorangan tanda kecewa. Sekuat dan setabah mana seorang wanita yang bergelar madu, air mata jualah teman yang paling setia. Seorang wanita itu amat berat untuk menerima madu dalam hidupnya, kadang-kadang disebabkan masalah tertentu dan dia akur. Mungkin dia rasa lebih manis bila terkenangkan janji 'ar-rahman '. Madu itu umpama racun bagi seorang wanita. Madu itu amat pahit bagi kaum hawa dan amat manis bagi kaum adam.

Fitrah wanita adalah kasih sayang. Dia tidak mahu berkongsi kasih sayang juga adalah fitrahnya. Bila madu itu berlaku dalam rumah tangga, mungkin akan ada perubahan drastik yang berlaku. Bukan dia sengaja lakukan, namun naluri dan hatinya yang terbeban menyebabkannya berlaku secara automatik. Mungkin dia akan lebih suka berseorangan, meniti liku-liku hidup yang masih bersisa bagi menempuh ranjau dan duri dalam kamus kehidupan yang telah tersurat. Dia akan mula agak menjauhkan dirinya daripada suami tercinta. Bukan dia benci, tapi dia terlalu menyayangi. Dia tidak sanggup melihat suaminya dengan orang lain. Dia rasa dirinya sudah tak berguna lagi buat suaminya terutama bagi yang mandul. Dia umpama sampah yang terbuang di tepian. Dan kadang-kadang suami yang telah mendapat isteri baru, isteri lama sudah tidak dihiraukan. Kalau mengambil berat pun, mungkin agak berkurang. Ana sebagai seorang wanita, ana dapat rasakan peritnya hidup sebagai madu.

Namun, ketabahan itu hadir bila kita rasa kita bersama Ar-Rahim. Bila rasa cinta kepada pencipta melebihi cinta pada sang dicipta, maka madu yang pahit itu akan mudah diterima dan lenyap. Tapi, betapa sukarnya untuk mencapai tahap itu. Agak mustahil. Tapi, tidak mustahil. Dia sahaja yang dapat memberikah keadilan yang tidak pernah tergelincir dari landasannya. Jadi,ana sebagai seorang manusia biasa, walaupun faham hukum poligami, ana tidak menolak dan menentang. Namun itulah fitrahnya sifat wanita, amat berat untuk menerimanya kerana madu itu amat pahit dalam diari seorang wanita. Cukuplah sekadar di sini. Nukilan ini hasil dari hati ana yang tulus. Syukran.