04 August 2011

Sebentar Bersama Ramadhan

Ambang Ramadhan masih terasa walaupun sudah beberapa hari menjelang. Semua orang Islam menyibukkan diri dengan menambahkan ibadat sebanyak yang mungkin agar keluarnya dari bulan Ramadhan meninggalkan buah-buah ketaqwaan seperti yang telah dinyatakan oleh Allah swt dalam firmannya mengenai ayat perintah supaya kita semua  berpuasa. 

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kama agar kamu bertaqwa. (al-Baqarah:183)

Dalam kesibukkan diri terhadap tugas masing-masing, aku bersama sahabat-sahabat tersayang melalui awal Ramadhan dengan proses pemindahan barang-barang ke rumah baru. Siang terasa begitu cepat. Sahur dan berbuka rasa terlalu sekejap waktunya. Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi dengan kesibukkan yang ada sehingga tak terasa kepenatan di bulan Ramadhan. Semakin hari terasa semakin erat ukhuwah antara sahabat-sahabat serumah mebuatkan diri ini terasa berat meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung menemui keluarga tercinta. Namun, jauh di sudut hati, ingatan kepada keluarga juga semakin mendesak. Lambaian tangan mak, abah dan adik-adik sesekali nampak semakin hampir. Aku akan segera pulang.



Sudah 3 hari mengangkut barang-barang. Kesemuanya sudah hampir siap dipindah. Terfikir pula bila aku memberikan ruang yang cukup untuk Ramadhan. Cukupkah hanya bertarawikh di waktu malam? Sedangkan kedatangannya juga tidak aku raikan? Sudahlah datang hanya sekali setahun. Untuk menunggu tahun depan, entah sempat atau tidak berjumpa dengannya...Barang-barang sudah dipindah. Mana pula pemindahan proses dalam jiwa. Masih di takuk lama atau mula bertambah...Mana mungkin bertambah jika diri sendiri tak menambahklannya??? Muhasabah sebentar..

Sudah sampai waktu untuk aku pulang ke kampung menemui keluarga tersayang bersama sahabat dulu, kini dan selamanya. Kami akan menaiki bas Sri Maju menuju ke hetian bas Sungai Petani...Apa yang aku akan buat sepanjang perjalanan 7 hingga 8 jam??? Nak baca buku...tak boleh.Gelap. Apa??? Zikir kan boleh..banyakkan zikir sempena bulan Ramadhan ni....Nak baca Quran tak boleh juga...zikir lah..

Sebelum sampai ke rumah, sedikit ingatan untuk kita bersama..taip melayu cepat, tak sempat nak menaip arab. Lagi 10 minit nak berbuka. nanti tak sempat pula nak post. "Ramadhan, Awwaluhu Rahmah, Waausathuhu Maghfirah, waakhiruhu 'Itqun mina al-nar". maksudnya : Ramadhan awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan hujungnya dijauhkan daripada api neraka". Jangan lupa malam Lailatul Qadar dihujung Ramadhan nanti...Selamat menunaikan ibadah puasa dan Selamat Berbuka...

06 July 2011

Hanya Seorang Musafir

 "Visi akhirat bagi manusia bukan sekadar menghubungkan diri dengan Allah SWT melalui ibadat-ibadat khusus, bahkan hubungan sesama manusia untuk mencapai keredhaanNYA."

Salam ukhuwah kepada semua pembaca.Bagaimana keadaan anda semua pagi ini? Bulan Sya'ban sudah tujuh hari berlalu...tidak lama lagi kita akan melangkah ke dalam madrasah Ramadhan..Bersediakah kita? Entah sempat ataupun tidak kita tak pasti..Apapun, dalam kesibukkan kita melaksanakan tanggungjawab yang terpundak di bahu, jangan kita lupa kepada tempat pergantungan kita yang paling ampuh. Tanpa Dia  siapalah kita.
 Hari yang damai penuh ketenangan...di saat burung-burung keluar mencari makanan. Kita pula keluar mencari rezeki. Maka berdoalah pada Allah di waktu pagi dan petang supaya langkah kita sentiasa diiringi keredhaanNya. Sudah lama ana tidak menulis...jadi hari ini, teringin pula berkongsi ilmu dengan para pembaca yang mungkin jarang-jarang buka blog ini.



"Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh dii bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon tendang itu dan meneruskan perjalanan." 

Hadith ini diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w ketika mana ditegur oleh sahabatnya Abdullah Ibnu Mas'ud berkenaan alas tidur Rasullah yang diperbuat dari daun kurma yang kasar sehinggakan kesan jalur-jalur terlihat jelas di belakang Rasulullah selepas baginda bangun daripada pembaringannya.  Timbul kasihan belas di hati sahabatnya dan beliau berkata: 'Ya Rasulullah, sekiranya engkau perintahkan aku untuk mencari sebidang hamparan yang lembut untukmu nescaya aku akan berusaha mendapatnya'. Maka hadith inilah sebagai jawapan baginda atas pertanyaan tersebut.

Jadi sahabat-sahabat, berdasarkan hadith tadi, kita dapat fahami bahawa  kehidupan kita dunia ini terlalu singkat. Umpama seorang musafir yang berhenti rehat di bawah sepohon pokok hanya untuk menghilangkan letih dan dahaga disamping menambah bekalan yang sudah habis. Setelah segar kembali, maka janganlah leka untuk menyambung perjalanan yang masih panjang. Hanya sedetik sahaja jika nak dibandingkan dengan umur dunia yang panjang, bahkan lebih pendek daripada itu jangkanya jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat kerana sehari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia.

Tapi, adakah anda perasan? Bila kita berhenti rehat seketika untuk melepaskan lelah, kadang-kadang kita asyik dan terlena sehinggakan memakan masa yang begitu panjang. Sudahlah rimbun dan teduh, apatah lagi bila rumputnya karpet, buah-buahan pula bergayutan di dahannya...Sesekali bayu menghembus lembut menjadikan kita rasa tenang dan damai. Pasti lagi lama kita akan rehat di situ.
Ad-dunya Darul Amal. Dunia adalah tempat singgahan untuk kita membuat persiapan bekalan sebagai persediaan kita untuk ketempat yang jauh dan kekal. Jangan kita lalai dan terpukau dengan kenikmatan yang tidak seberapa. Jika kita terleka dengan dunia, maka harapan kedua tidak akan datang lagi. Harapan hanya tinggal harapan. Ini kerana jika kita memilih dunia, maka kita hanya dapat harapan dunia. Tetapi jika kita memilih akhirat, maka kita akan memperoleh kedua-duanya. 


Maka manusia mestilah bekerja bagi menyediakan bekalan yang cukup untuk hari akhirat. Bekalan itu bukanlah hanya solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Bahkan sebarang pekerjaan atau urusan yang melibatkan harta dunia seperti berniaga, bercucuk tanam, pengurusan, pentadbiran dan sebagainya. Semuanya adalah ibadah jika dilakukan mengikut syariat dan lunas-lunas Islam.


Kesimpulannya, kita mestilah menggunakan sebaik-baiknya ruang dan peluang yang ada dengan mempersiapkan diri sebaik yang mungkin. Masa yang terlalu singgakt ini penuhilah dengan amalan-amalan dan kemahiran dengan bermodalkan, ilmu, akal, kesihatan, harta, tenaga, tubuh badan dan modal-modal lain yang tidak perlu dicari. Semuanya telah di beri free oleh Allah SWT. Walaupun dunia hanya satu persinggahan sementara, tetapi ia amat beerti bagi mereka yang mencari bekalan yang cukup. Demikianlah hakikat dunia yang perlu kita tanamkan dalam fikiran kita setiap masa supaya ia menjadi satu motivasi yang bakal merealisasikan harapan dan cita-cita kita yang paling tinggi, iaitu mencapai ganjaran syurga Allah yang kekal abadi. Sekian, wassalam.

18 April 2011

INGAT DUA PERKARA, LUPA DUA PERKARA : REDHA & BAHAGIA

Assalamualaikum warahmatullah. 



Sedikit perkongsian untuk hari mendatang. Ketika ana bersama-sama dalam program Qiadah Training Center (QTC) di Lata Celak setahun yang lalu, Dr. Sukarno telah berpesan kepada kami semua supaya latih diri bersifat sabar.  Pesanannya adalah ingat dua perkara dan lupakanlah dua perkara. Kesimpulannya dalam kata yang mudah,

" Ingatlah kebaikan orang lain terhadap kita dan lupakanlah kebaikan kita terhadap orang lain. Dan ingatlah kesalahan kita terhadap orang lain serta lupakanlah kesalahan orang lain terhadap kita".

~ Kebaikan orang terhadap kita ~
Orang yang pernah menolong kita tidak kira dalam apa jua bentuk sekali pun sama ada wang ringgit, tenaga, nasihat dan sebagainya. JIka kita mampu membalas, balaslah kepadanya dengan perkara yang setimpal atau lebih. Kerana dengan cara ini, kita akan lebih bersifat terbuka untuk memaafkannya kerana merasakan kebaikannya melebihi kesalahnnya. Dan panjatlah rasa syukur pada Allah selepas kita mampu mengatasinya. 

~ Kesalahan kita terhadap orang ~
Kita mestilah mengingati kesalahan kita ini supaya hati kita sentiasa tergerak untuk memohon kemaafan daripadanya. Sekiranya kita sentiasa dalam keadaan begini, ia akan membuahkan sifat kasih sayang sesama kita kerana Allah SWT. Dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi. 



~ Kebaikan kita terhadap orang ~
Janganlah kita mengungkit-ngungkit atau mengingati kembali kebaikan kita terhadap orang, takut-takut hilang pahala keikhlasan. Tapi ingatlah yang sebenarnya kita hanya wasilah kepada nikmat Allah untuk diberikan kepada orang lain. Cuba kita didik hati dengan merasakan kita seolah-olah tidak pernah berbuat baik kepadanya. Maka kita akan sentiasa ingin berbuat baik kepadanya. Insya Allah kita akan terhindar daripada rasa ujub, riyak atau bangga. 

~ Kesalahan orang terhadap kita ~
Hati kita perlu mengatakan  bahawa tidak ada sesiapa yang pernah bersalah dengan kita. Kita juga hamba Allah yang tidak ada kuasa. KIta sama-sama lemah. Kita tidak lebih daripadanya. Ingatlah yang kita juga layak untuk disakiti bagi mengingatkan kita kepada Allah. Jika kita cuba mendidik jiwa dengan perkara ini, maka kita kana dapat mengawal rasa amarah yang mebara dalam dada dan jauh daripada sifat dendam yang sangat merbahaya. Ketahuilah segala yang Allah anugerahkan kepada kita sama ada musibah, kesukaran, kesusahan dan kepayahan itu tandanya Allah sayangkan kita. Allah ingin kita kembali ke sisinya. Allah ingin kita bersama-samanya.

Cubalah didik hati kita untuk mengamalkannya. Jika kita mengamalkannya, nescaya kita akan sentiasa berada dalam ketenangan. Malah semua orang akan senang dengan kita. Bila kita lakukannya, kita dapat melatih diri kita ke arah taqarrub kepada Allah SWT. Dan hasilnya kita akan rasa kemanisan dan kelazatan iman. Bila hubungan kita  baik dengan Allah, maka hubungan kita dengan manusia juga akan terpelihara.   


Namun, dunia kita hari ini selalu berlaku perkara disebaliknya. Yang perlu kita lupakan, kita akan ingat. Dan yang perlu kita ingat, kita lupa. Jadi didiklah hati dan jiwa dengan perkara kebaikan. Insya Allah kebahagiaan dan keredhaan Allah akan sentiasa bersama. ameen...

17 April 2011

INSPIRASI DARI MATAHARI : UNTUK HAMBA YANG CINTA UKHRAWI




Matahari,
Penyedar kepada masa, penentu kepada arah,
sungguh manusia memerlukannya,
baik di langit mahupun di bumi.
Matahari di langit tinggi sudah kita ketahui
Maka siapakag penggerak menjadi matahari di bumi,
menyedarkan sekalian manusia?

Mambanding membakar dengan kepanasan,
matahari memilih memberi petunjuk dengan cahayanya,
sungguh manusia perlu memehami manusia,
dan meyentuh jiwa-jiwa,
bukan menghilangkan pengharapan kepada Rabbnya.
Matahari menjadi petunjuk buat pengembara, 
Manusia memerlukan contoh menuju Tuhannya.
Siapakah yang bener-benar memahami,
Apakah tanggungjawabnya sebagai hamba?

Sungguh bulan hanyalah sang kelabu berdebu,
bertompok hodoh tanpa sinar menyenangkan.
Namun ia memilih memantulkan cahaya matahari,
Menjadikannya indah tanpa tandingan di malam hari.
Menyenangkan jiwa mereka.
Melapangkan hati mereka. 

Sahabat ibarat matahari.
Kehangatannya menyenangkan jiwa.
Kehilangannya ibarat bumi kehilangan matahari.
Sungguh tida siapa berharap demikian.
Bahkan lebih gembira dirinya hilang,
Berbanding cahaya lenyap meninggalkan.

Tidakkah kau melihat matahari,
Sinarnya tiada henti, 
Hatta di kala malam bulan mewakili.
Begitulah sahabat yang baik, 
Sentiasa menyuluh cahaya kesedaran, 
Walau berjauhan,
tetap berusaha untuk dicapainya.

Jadilah sepertinya, 
sinar cahaya kepada semua,
sumber tenaga segala,
paksi untuk alam semesta,
sinarnya sampai walau dalam gelita.

10 April 2011

HANYA ENGKAU


Ya Allah....
Hanya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Hanya Engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu,
dan Hanya Engkau pemilik diri hamba-hambaMU...

Oleh itu Ya Allah...
Dengarlah walau sebentar permintaanku..
Ku bersyukur atas segala nikmat yang Kau telah berikan padaku,
Ku bahagia atas segala nikmat yang Kau telah kurniakan, 
Terima kasih ya Allah....terima kasih...

Namun,
Tika ini, hanya kepada Engkau ya Allah ku ingin mengharap,
hanya kepadaMU ku ingin merintih,
Kerana ku mengetahui Kaulah yang selalu mendengar rintihan hamba-hambaMU..
Ya Allah,
Bukanlah banyak yang yang ingin ku pinta, 
Cukuplah jika Engkau memberi kesihatan pada sahabat-sahabatku...
Sesungguhnya ku tidak mahu melihat mereka susah dalam kesakitan,
Hanya Engkau sahaja yang mengetahui...
Bagiamana sayangnya aku kepada sahabat-sahabat seperjuanganku..

Maka,
Engkau sihatlah tubuh badan mereka saat peperiksaan menjelang,
Mudahkanlah mereka dalam setiap urusan, 
Dengarlah permohonan mereka saban waktu,
Kabulkanlah permintaan mereka saban hari.

Ya Allah..
Hanya kepadaMU ku bersera...
Dan hanya kepadaMu dapat ku minta pertolongan...

30 March 2011

SAUFA YAHDILLAH


Sudah lama program Latihan Amali Dakwah berlangsung di Johor. Bila dikira secara kasar, dah hampir 1 bulan lebih. Dalam kesibukkan yang dialami, terkenang mak, ayah dan adik2 angkat di sana. Walaupun tak dapat berkunjung ke rumah keluarga angkat tiap-tiap petang seperti sahabat-sahabat yang lain kerana kerja-kerja memasak, Alhamdulillah, keluarga angkat sangat rapat. Rasa sayang dan kasih sesama manusia tu meresap ke dalam sanubari mengenangkan keluarga mereka. Adik2 seramai 8 orang. Semua tak dapat belajar kerana kekurangan kewangan. Gaji ayah mereka hanya RM40 sebulan. Mak pagi-pagi keluar menoreh getah bantu ayah. Ayah sangat sedih tak dapat bagi yang terbaik buat anak-anaknya. 

Ayah
Mak & adik2






Tak dapat dinafikan kesusahan yang melanda tidak bermakna tidak bahagia. Walau susah, keluarga mereka  sangat bahagia. Adik-adik perempuan sangat malu pada awalnya. Namun, masa balik rasa sangat sedih tak nak berpisah. Adik-adik laki, semuanya seronok sangat bila berjumpa. Mereka sangat bahagia. Ingat waktu ayah bawa ke rumah pusaka atas bukit. masuk dalam tu, ayah ckap sudut ni ada benda.'keras'. mak dan adik-adik selalu kena. Bila perhati ke sekeliling, tak ada barang apa-apa. Hanya bberapa helai baju tergantung dan tanduk kijang dicelah tiang sebagai hiasan. Nampak rumah sangat usang. Kasihan melimpah dalam hati tika itu. Teringin menyembang bab agama yang mereka anuti.

Bila keluar, ada sebuah batu besar di sebelah rumah...ayah cakap :

"Nampak dak?ayah ayah ada kt situ" aku memerhati.Lama cuba mencari. 

"Ada, nmpak dak? Tu hidung, dua mata, mulut, dia tengah tengok ayah tu..."

Ku mula faham bila ayah cakap, ayah tak bleh tinggal rumah ni.kalau ayah tinggal, nanti moyang marah ayah. Ayah selalu minta tolong moyang. Kalau jadi apa2, tu tandanya moyang marah. 

Apa yang kufahami, keluarga angkatku animisme. Mereka menyembah batu tu meminta kekuatn, ketabhan dan segala-galanya. Duduk santai-santai bersama ayah. Saya cuba tanya mengenai Islam. Ayah cakap :

" Ayah tahu...ayah tak mau la. Dulu orang-orang tu datang. Bila ayah nk minta tolong, orang-orang tu ckp nanti mereka datang bagi pertolongan..tapi, sampai hari ni mcm tu juga..Ayah sedih. Sebab tu ayah tak mahu masuk Islam."

Ku terkedu sebentar. Ku cuba menerangkan segala-galanya.....Esoknya kami hanya sempat jumpa bergambar, bercakap dan tinggal pesanan...Semoga Allah membuka hati kalian untuk menerima agama yang suci," Agama Islam".




24 March 2011

DAIE ILAHI


Daie ialah seorang manusia biasa yang berjiwa luar biasa. Di dalam kekalutan arus kemodenan timpaan tamadun Barat, ternyata manusia terleka dan menjadikan kemajuan sebagai hala tuju hidup. Daie boleh diumpamakan manusia yang hidup dalam dunianya yang tersendiri, kerana tujuan mereka hidup bukanlah untuk diri mereka sendiri, malah sanggup mereka korbankan untuk manusia dan masyarakat sekitar. Hati mereka yang bersih yang mahukan segala kebaikan untuk masyarakat dan dunia serta berkorban segala yang ada membuktikan keikhlasan mereka. Mereka memahami firman Allah:

Katakanlah, sesungguhnya solatku, pengorbananku,hidupku,matiku hanyalah untuk Tuhan sekelian alam.(al-an’am:162)

Mereka memahami tanpa ikhlas, amal kebajikan mereka tidak berharga. Mereka mengetahui kebaikan yang diperjuangkan tanpa keikhlasan tidak membuahkan kebaikan. Masakan sesuatu yang kotor menghasilkan sesuatu yang suci. Seringkali terpapar dalam arena dakwah di mana-mana apabila penceramah lebih suka dibayar, diberi tepukan gemuruh dan sedap didengar untuk menjadi halwa telinga manusia sahaja dan tagihkan pujian melambung. Amal-amal ini umpama debu kerana tiada keikhlasan dan tidak mampu membawa perubahan apatah lagi membina manusia. Firman Allah :

“Dan Kami hadapi segala amal yg mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan.” (al-Furqan: 23)

Namun, keikhlasan para daie seringkali teruji kerana dilanda ujian yang bertimpa-timpa. Ujian yang bertalu-talu mampu menggoyahkan keteguhan seseorang daie. Umpama batu di atas bukit yang ditimpa hujan bertahun-tahun, pastilah ada sedikit bekas lekuk dek hakisan air. Terdapat beberapa bukti yang boleh dijadikan pengiktibaran untuk dijadikan tahap pengukur keikhlasan (dipetik dari Bukti Keikhlasan oleh Yusuf Qaradhawi).

20 January 2011

CINTA

Semalam ketika berlangsungnya kuliah u2 Bentuk-bentuk Penulisan. Tiba-tiba lecturer tanya tentang  cinta…katanya : “ Tulislah tentang cinta. Dah ada orang yang menulis dalam tesisnya tentang cinta..”. Bila masuk meeting anak Kedah semalam, terlintas pada fikiran ana untuk menulis tentang cinta…

                Falsafah cinta berbeza pada pandangan manusia.  Setengah berpandangan “CINTA” sebagai satu perkara yang suci dan bersih. Dan setengah yang lain memandang cinta itu sebagai benda yang kotor dan patut disisihkan. Pada pandangan ana, “CINTA” sebenarnya satu istilah yang suci. Bagaimana keadaannya selepas itu bergantung pada orang yang mengemudikannnya. Cinta itu satu perasaan mulia yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t  kepada hambanya. 

                Kata orang cinta itu berdua…tapi, pandangan saya, cinta itu bukan berdua. Tapi bertiga. Antara berdua itu, kalau cinta yang baik dan jalan yang ditelusurinya dibawah panji dan redha Ilahi, Allah Azzawajalla bersamanya. Kalau cinta berdua yang sentiasa kea rah kemaksiatan, syaitan sentiasa menguasainya. Semuanya terletak pada kita. Tiada cinta berdua…Tapi bertiga.    

                Cinta yang suci menyandarkan cintanya pada Ilahi dan Allah swt yang menyampaikan cintanya kepada orang yang  dicintainya. Maka Allah swt yang merancang dan bertindak dalam menjaga dan menyuburkan cinta mereka. Masing-masing hanya cinta kepada Allah dengan sebenar-benar cinta dan Allah swt yang menyatukan kedua-duanya… Segala bisikan hati yang diluahkan diketahui oleh Allah swt. DIAlah cinta terhebat hamba yang beriman yang sentiasa mengharap cinta dan redhaNYA....

03 January 2011

TAHUN BARU AZAM BARU


Salam ukhwah buat semua pembaca...

Alhamdulillah tak terhingga pujian dipanjatkan kehadrat Allah swt atas pemberian segala nikmat yang kita kecapi. Selawat dan salam khas buat junjungan besar nabi Muhammad saw yang sentiasa mengasihi seluruh umatnya serta seluruh keluarga, para sahabat dan muslimin muslimat yang sentiasa tegak berdiri di atas panji-panji Islam. Syukur kerana masih diberi peluang untuk kita terus bernafas dalam nikmat iman dan Islam.

Sedar tidak sedar kita sudahpun melangkah ke tahun baru.. tahun baru Hijri dan tahun baru Masehi..apa azam baru kita? Nak teruskan azam 2010 yang tidak tercapai ataupun nak buat azam baru...Semua jawapan atas diri kita sendiri kerana diri kita yang akan melangkah menyelusuri takah-takah itu hingga ke akhirnya.

Sahabat-sahabat,
Pada tahun ini, marilah sama-sama kita ubah diri kita kearah yang lebih baik. Kita mulakan dengan niat untuk melakukan amalan yang baik sepanjang hidup kita. Setiap perbuatan kita semuanya bergantung kepada niat. Sebab itu kita perlu tajdidkan niat. Dalam kitab hadith 40, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“ Maka barangsiapa berniat melaksanakan suatu kebaikan lalu tidak melaksanakannya niscaya Allah SWT akan mencatat pahalanya di sisi-Nya sebagai satu kebaikan sem purna. Dan bila seseorang berniat melakukan sesuatu kebaikan lalu ia melaksanakannya nescaya Allah SWT akan mencatat pahalanya di sisi-Nya seperti perbuatan sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus bahkan berlipat-lipat ganda banyaknya. Dan apabila seseorang berniat melakukan suatu kejahatan lalu ia tidak melaksanakannya Allah SWT akan mencatat pahalanya di sisi-Nya sebagai satu kebaikan-sempurna dan bila berniat melakukan suatu kejahatan kemudian ia melaksanakannya pula maka Allah akan mencatatnya di sisi-Nya sebagai satu kejahatan".


Berdasarkan hadith tadi, kita sudah dapat fahami betapa pemurahnya Allah SWT terhadap hamba-hambaNYA. Jadi, usahlah kita mengharapkan pahala yang berlipat ganda kalau kita sendiri tidak berusaha untuk mengubah diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik dari waktu sebelumnya. Memang sukar sahabat-sahabat untuk kita menjadi yang terbaik. Tapi, tergolongkah kita dalam kalangan yang baik walaupun kita tidak menjadi yang terbaik. Jadi, berusahalah kita untuk mencapai tahap insan yang terbaik disisi Allah SWT.