04 August 2011

Sebentar Bersama Ramadhan

Ambang Ramadhan masih terasa walaupun sudah beberapa hari menjelang. Semua orang Islam menyibukkan diri dengan menambahkan ibadat sebanyak yang mungkin agar keluarnya dari bulan Ramadhan meninggalkan buah-buah ketaqwaan seperti yang telah dinyatakan oleh Allah swt dalam firmannya mengenai ayat perintah supaya kita semua  berpuasa. 

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kama agar kamu bertaqwa. (al-Baqarah:183)

Dalam kesibukkan diri terhadap tugas masing-masing, aku bersama sahabat-sahabat tersayang melalui awal Ramadhan dengan proses pemindahan barang-barang ke rumah baru. Siang terasa begitu cepat. Sahur dan berbuka rasa terlalu sekejap waktunya. Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi dengan kesibukkan yang ada sehingga tak terasa kepenatan di bulan Ramadhan. Semakin hari terasa semakin erat ukhuwah antara sahabat-sahabat serumah mebuatkan diri ini terasa berat meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung menemui keluarga tercinta. Namun, jauh di sudut hati, ingatan kepada keluarga juga semakin mendesak. Lambaian tangan mak, abah dan adik-adik sesekali nampak semakin hampir. Aku akan segera pulang.



Sudah 3 hari mengangkut barang-barang. Kesemuanya sudah hampir siap dipindah. Terfikir pula bila aku memberikan ruang yang cukup untuk Ramadhan. Cukupkah hanya bertarawikh di waktu malam? Sedangkan kedatangannya juga tidak aku raikan? Sudahlah datang hanya sekali setahun. Untuk menunggu tahun depan, entah sempat atau tidak berjumpa dengannya...Barang-barang sudah dipindah. Mana pula pemindahan proses dalam jiwa. Masih di takuk lama atau mula bertambah...Mana mungkin bertambah jika diri sendiri tak menambahklannya??? Muhasabah sebentar..

Sudah sampai waktu untuk aku pulang ke kampung menemui keluarga tersayang bersama sahabat dulu, kini dan selamanya. Kami akan menaiki bas Sri Maju menuju ke hetian bas Sungai Petani...Apa yang aku akan buat sepanjang perjalanan 7 hingga 8 jam??? Nak baca buku...tak boleh.Gelap. Apa??? Zikir kan boleh..banyakkan zikir sempena bulan Ramadhan ni....Nak baca Quran tak boleh juga...zikir lah..

Sebelum sampai ke rumah, sedikit ingatan untuk kita bersama..taip melayu cepat, tak sempat nak menaip arab. Lagi 10 minit nak berbuka. nanti tak sempat pula nak post. "Ramadhan, Awwaluhu Rahmah, Waausathuhu Maghfirah, waakhiruhu 'Itqun mina al-nar". maksudnya : Ramadhan awalnya rahmah, pertengahannya keampunan dan hujungnya dijauhkan daripada api neraka". Jangan lupa malam Lailatul Qadar dihujung Ramadhan nanti...Selamat menunaikan ibadah puasa dan Selamat Berbuka...

No comments: