18 April 2011

INGAT DUA PERKARA, LUPA DUA PERKARA : REDHA & BAHAGIA

Assalamualaikum warahmatullah. 



Sedikit perkongsian untuk hari mendatang. Ketika ana bersama-sama dalam program Qiadah Training Center (QTC) di Lata Celak setahun yang lalu, Dr. Sukarno telah berpesan kepada kami semua supaya latih diri bersifat sabar.  Pesanannya adalah ingat dua perkara dan lupakanlah dua perkara. Kesimpulannya dalam kata yang mudah,

" Ingatlah kebaikan orang lain terhadap kita dan lupakanlah kebaikan kita terhadap orang lain. Dan ingatlah kesalahan kita terhadap orang lain serta lupakanlah kesalahan orang lain terhadap kita".

~ Kebaikan orang terhadap kita ~
Orang yang pernah menolong kita tidak kira dalam apa jua bentuk sekali pun sama ada wang ringgit, tenaga, nasihat dan sebagainya. JIka kita mampu membalas, balaslah kepadanya dengan perkara yang setimpal atau lebih. Kerana dengan cara ini, kita akan lebih bersifat terbuka untuk memaafkannya kerana merasakan kebaikannya melebihi kesalahnnya. Dan panjatlah rasa syukur pada Allah selepas kita mampu mengatasinya. 

~ Kesalahan kita terhadap orang ~
Kita mestilah mengingati kesalahan kita ini supaya hati kita sentiasa tergerak untuk memohon kemaafan daripadanya. Sekiranya kita sentiasa dalam keadaan begini, ia akan membuahkan sifat kasih sayang sesama kita kerana Allah SWT. Dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi. 



~ Kebaikan kita terhadap orang ~
Janganlah kita mengungkit-ngungkit atau mengingati kembali kebaikan kita terhadap orang, takut-takut hilang pahala keikhlasan. Tapi ingatlah yang sebenarnya kita hanya wasilah kepada nikmat Allah untuk diberikan kepada orang lain. Cuba kita didik hati dengan merasakan kita seolah-olah tidak pernah berbuat baik kepadanya. Maka kita akan sentiasa ingin berbuat baik kepadanya. Insya Allah kita akan terhindar daripada rasa ujub, riyak atau bangga. 

~ Kesalahan orang terhadap kita ~
Hati kita perlu mengatakan  bahawa tidak ada sesiapa yang pernah bersalah dengan kita. Kita juga hamba Allah yang tidak ada kuasa. KIta sama-sama lemah. Kita tidak lebih daripadanya. Ingatlah yang kita juga layak untuk disakiti bagi mengingatkan kita kepada Allah. Jika kita cuba mendidik jiwa dengan perkara ini, maka kita kana dapat mengawal rasa amarah yang mebara dalam dada dan jauh daripada sifat dendam yang sangat merbahaya. Ketahuilah segala yang Allah anugerahkan kepada kita sama ada musibah, kesukaran, kesusahan dan kepayahan itu tandanya Allah sayangkan kita. Allah ingin kita kembali ke sisinya. Allah ingin kita bersama-samanya.

Cubalah didik hati kita untuk mengamalkannya. Jika kita mengamalkannya, nescaya kita akan sentiasa berada dalam ketenangan. Malah semua orang akan senang dengan kita. Bila kita lakukannya, kita dapat melatih diri kita ke arah taqarrub kepada Allah SWT. Dan hasilnya kita akan rasa kemanisan dan kelazatan iman. Bila hubungan kita  baik dengan Allah, maka hubungan kita dengan manusia juga akan terpelihara.   


Namun, dunia kita hari ini selalu berlaku perkara disebaliknya. Yang perlu kita lupakan, kita akan ingat. Dan yang perlu kita ingat, kita lupa. Jadi didiklah hati dan jiwa dengan perkara kebaikan. Insya Allah kebahagiaan dan keredhaan Allah akan sentiasa bersama. ameen...

17 April 2011

INSPIRASI DARI MATAHARI : UNTUK HAMBA YANG CINTA UKHRAWI




Matahari,
Penyedar kepada masa, penentu kepada arah,
sungguh manusia memerlukannya,
baik di langit mahupun di bumi.
Matahari di langit tinggi sudah kita ketahui
Maka siapakag penggerak menjadi matahari di bumi,
menyedarkan sekalian manusia?

Mambanding membakar dengan kepanasan,
matahari memilih memberi petunjuk dengan cahayanya,
sungguh manusia perlu memehami manusia,
dan meyentuh jiwa-jiwa,
bukan menghilangkan pengharapan kepada Rabbnya.
Matahari menjadi petunjuk buat pengembara, 
Manusia memerlukan contoh menuju Tuhannya.
Siapakah yang bener-benar memahami,
Apakah tanggungjawabnya sebagai hamba?

Sungguh bulan hanyalah sang kelabu berdebu,
bertompok hodoh tanpa sinar menyenangkan.
Namun ia memilih memantulkan cahaya matahari,
Menjadikannya indah tanpa tandingan di malam hari.
Menyenangkan jiwa mereka.
Melapangkan hati mereka. 

Sahabat ibarat matahari.
Kehangatannya menyenangkan jiwa.
Kehilangannya ibarat bumi kehilangan matahari.
Sungguh tida siapa berharap demikian.
Bahkan lebih gembira dirinya hilang,
Berbanding cahaya lenyap meninggalkan.

Tidakkah kau melihat matahari,
Sinarnya tiada henti, 
Hatta di kala malam bulan mewakili.
Begitulah sahabat yang baik, 
Sentiasa menyuluh cahaya kesedaran, 
Walau berjauhan,
tetap berusaha untuk dicapainya.

Jadilah sepertinya, 
sinar cahaya kepada semua,
sumber tenaga segala,
paksi untuk alam semesta,
sinarnya sampai walau dalam gelita.

10 April 2011

HANYA ENGKAU


Ya Allah....
Hanya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Hanya Engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu,
dan Hanya Engkau pemilik diri hamba-hambaMU...

Oleh itu Ya Allah...
Dengarlah walau sebentar permintaanku..
Ku bersyukur atas segala nikmat yang Kau telah berikan padaku,
Ku bahagia atas segala nikmat yang Kau telah kurniakan, 
Terima kasih ya Allah....terima kasih...

Namun,
Tika ini, hanya kepada Engkau ya Allah ku ingin mengharap,
hanya kepadaMU ku ingin merintih,
Kerana ku mengetahui Kaulah yang selalu mendengar rintihan hamba-hambaMU..
Ya Allah,
Bukanlah banyak yang yang ingin ku pinta, 
Cukuplah jika Engkau memberi kesihatan pada sahabat-sahabatku...
Sesungguhnya ku tidak mahu melihat mereka susah dalam kesakitan,
Hanya Engkau sahaja yang mengetahui...
Bagiamana sayangnya aku kepada sahabat-sahabat seperjuanganku..

Maka,
Engkau sihatlah tubuh badan mereka saat peperiksaan menjelang,
Mudahkanlah mereka dalam setiap urusan, 
Dengarlah permohonan mereka saban waktu,
Kabulkanlah permintaan mereka saban hari.

Ya Allah..
Hanya kepadaMU ku bersera...
Dan hanya kepadaMu dapat ku minta pertolongan...