20 January 2011

CINTA

Semalam ketika berlangsungnya kuliah u2 Bentuk-bentuk Penulisan. Tiba-tiba lecturer tanya tentang  cinta…katanya : “ Tulislah tentang cinta. Dah ada orang yang menulis dalam tesisnya tentang cinta..”. Bila masuk meeting anak Kedah semalam, terlintas pada fikiran ana untuk menulis tentang cinta…

                Falsafah cinta berbeza pada pandangan manusia.  Setengah berpandangan “CINTA” sebagai satu perkara yang suci dan bersih. Dan setengah yang lain memandang cinta itu sebagai benda yang kotor dan patut disisihkan. Pada pandangan ana, “CINTA” sebenarnya satu istilah yang suci. Bagaimana keadaannya selepas itu bergantung pada orang yang mengemudikannnya. Cinta itu satu perasaan mulia yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t  kepada hambanya. 

                Kata orang cinta itu berdua…tapi, pandangan saya, cinta itu bukan berdua. Tapi bertiga. Antara berdua itu, kalau cinta yang baik dan jalan yang ditelusurinya dibawah panji dan redha Ilahi, Allah Azzawajalla bersamanya. Kalau cinta berdua yang sentiasa kea rah kemaksiatan, syaitan sentiasa menguasainya. Semuanya terletak pada kita. Tiada cinta berdua…Tapi bertiga.    

                Cinta yang suci menyandarkan cintanya pada Ilahi dan Allah swt yang menyampaikan cintanya kepada orang yang  dicintainya. Maka Allah swt yang merancang dan bertindak dalam menjaga dan menyuburkan cinta mereka. Masing-masing hanya cinta kepada Allah dengan sebenar-benar cinta dan Allah swt yang menyatukan kedua-duanya… Segala bisikan hati yang diluahkan diketahui oleh Allah swt. DIAlah cinta terhebat hamba yang beriman yang sentiasa mengharap cinta dan redhaNYA....

03 January 2011

TAHUN BARU AZAM BARU


Salam ukhwah buat semua pembaca...

Alhamdulillah tak terhingga pujian dipanjatkan kehadrat Allah swt atas pemberian segala nikmat yang kita kecapi. Selawat dan salam khas buat junjungan besar nabi Muhammad saw yang sentiasa mengasihi seluruh umatnya serta seluruh keluarga, para sahabat dan muslimin muslimat yang sentiasa tegak berdiri di atas panji-panji Islam. Syukur kerana masih diberi peluang untuk kita terus bernafas dalam nikmat iman dan Islam.

Sedar tidak sedar kita sudahpun melangkah ke tahun baru.. tahun baru Hijri dan tahun baru Masehi..apa azam baru kita? Nak teruskan azam 2010 yang tidak tercapai ataupun nak buat azam baru...Semua jawapan atas diri kita sendiri kerana diri kita yang akan melangkah menyelusuri takah-takah itu hingga ke akhirnya.

Sahabat-sahabat,
Pada tahun ini, marilah sama-sama kita ubah diri kita kearah yang lebih baik. Kita mulakan dengan niat untuk melakukan amalan yang baik sepanjang hidup kita. Setiap perbuatan kita semuanya bergantung kepada niat. Sebab itu kita perlu tajdidkan niat. Dalam kitab hadith 40, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“ Maka barangsiapa berniat melaksanakan suatu kebaikan lalu tidak melaksanakannya niscaya Allah SWT akan mencatat pahalanya di sisi-Nya sebagai satu kebaikan sem purna. Dan bila seseorang berniat melakukan sesuatu kebaikan lalu ia melaksanakannya nescaya Allah SWT akan mencatat pahalanya di sisi-Nya seperti perbuatan sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus bahkan berlipat-lipat ganda banyaknya. Dan apabila seseorang berniat melakukan suatu kejahatan lalu ia tidak melaksanakannya Allah SWT akan mencatat pahalanya di sisi-Nya sebagai satu kebaikan-sempurna dan bila berniat melakukan suatu kejahatan kemudian ia melaksanakannya pula maka Allah akan mencatatnya di sisi-Nya sebagai satu kejahatan".


Berdasarkan hadith tadi, kita sudah dapat fahami betapa pemurahnya Allah SWT terhadap hamba-hambaNYA. Jadi, usahlah kita mengharapkan pahala yang berlipat ganda kalau kita sendiri tidak berusaha untuk mengubah diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik dari waktu sebelumnya. Memang sukar sahabat-sahabat untuk kita menjadi yang terbaik. Tapi, tergolongkah kita dalam kalangan yang baik walaupun kita tidak menjadi yang terbaik. Jadi, berusahalah kita untuk mencapai tahap insan yang terbaik disisi Allah SWT.