31 October 2009

SUJUD, PERUBATAN, APA KAITANNYA???


SAINS PERUBATAN KELEBIHAN SUJUD MENURUT PERSPEKTIF PERUBATAN

Kadangkala mungkin kita akan merasa kurang selesa sekiranyan imam Sujud terlalu lama, tetapi tahukah
kita bahawa disana ada rahsia & 1000 hikmah yang tersembunyi dari sujud yang sering kita lakukan.
Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan
setiap ciptaan allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal
manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk :
1) Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.
2) Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.Apa yang
ditekankandisini adalah sujud fizikal.

Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah
S.W.T.mengalakkan kita bersujud lama. Dari segi ilmu perubatan,kesan sujud yang lama akan
Menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita.

Menurut DR.MOHD OSMAN NASIR, hikmah sujud antara lain ialah:
1. Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
3. Bernafas ketika sujud akan :
a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya .
b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallenb and womb)
c) Melegakan sakit hernia.
d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs
f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN (limpa)
g) Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
h) Meringankan bahagian PELVIS.
i) Memberi dorongan untuk mudah tidur .
j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut,punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
k) Gerakan otot -otot itu menjadikannya (otot),lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan
kelicinan perjalanan darah yang baik (smoothblood circulation).
l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan
bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
m) Mengurangkan kegemukkan (obesity).
n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,organ peranakkan mudah kembali ke tempat asal
serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions).
o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
p) Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri dihadapan Pencipta, sifat sombong,riak, takabur
dapatdikikiskan.
q) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan
mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE
IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
r) Kesan sujud seperti yang diakui fahaman agama lain umpama SIKH diPUNJAB, BUDHA
mengamalkan YOGA yang sujudnya hampir sama dengan cara sujud Islam.

30 October 2009

APA ERTI DIGELAR SAHABAT


APA ERTI DIGELAR SAHABAT?


Apa erti digelar sahabat andai material dinilai-nilaikan?

Apa erti digelar sahabat? andai ego mengatasi kejujuran
Apa erti digelar sahabat? umpat dan nista meniti di bibir bila tidak bertentangan mata.............
Apa erti digelar sahabat? syak dan curiga membatasi kepercayaan
Apa erti digelar sahabat? Hasad dan dengki dijadikan tuan

Apa erti digelar sahabat? Hanya perli-memerli ketika bercakap

Siapa bernama sahabat? kawan? teman? rakan?

Apa tafsiran untuk sahabat?
Sahabat.... ketawa dan air mata bersama menjadi tongkat tika patahnya semangat di jiwa menjadi lilin tika hati benar- benar gelap gelita memberi dan menerima........
Atau....
seperti udara sentiasa disisi tanpa di sedari....
Bukan..
seperti hujan ramah...
mendamaikan.....
Tapi.....
bila dia berlalu....
lenyap tanpa cerita tanpa berita...
Hanya kita tertanya tanya.....

29 October 2009

MUHASABAH DIRI...........


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar
mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika
nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka
kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa
yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah
dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak
kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah
kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami
mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri
kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

MENCARI TUHAN DI DUA BENUA


SAHABAT.........
RENUNGLAH DAN HAYATILAH KISAH INI. MOGA-MOGA BERGUNA KEPADA KITA SEMUA..

Mencari Tuhan di dua benua.....MENGAPA SAYA MASUK ISLAM???????????

SEORANG yang menjajahi dua benua untuk mencari kebenaran telah menemuinya di sebuah kedai buku di London, dan sekarang dia sedang berusaha agar ia dapat ditemui oleh orang lain di rak-rak kedai buku. Anak muda itu akhirnya mendapat jawapan kepada persoalan yang sudah setahun setengah mengganggu fikiran dan lubuk hatinya di sebuah kedai buku di London, iaitu selepas menjelajah dua benua bagi mendapatkan jawapannya.
Watak utama dalam kisah yang memaparkan kesungguhan dan pencarian kebenaran yang tiada hentinya ialah Othman Ajunsun, seorang Muslim berbangsa Amerika, berasal dari New York. Dia sudah memeluk Islam lebih 20 tahun dahulu. Ayah Othman meninggal dunia ketika usianya baru setahun, dan dia dibesarkan sebagai seorang Ateis di kalangan orang-orang yang tidak mempercayai Tuhan. Othman memiliki sebuah keluarga yang kecil, terdiri daripada ibunya, seorang kakak dan dirinya sendiri. Dia juga mempunyai saudara mara yang sekali sekala menjenguknya, begitu juga sebaliknya.

"Sebagai seorang kanak-kanak, saya sentiasa mempunyai kawasan berpokok yang luas di sekeliling rumah sebagai tempat bermain. Perkara pertama yang Tuhan tanamkan didalam hati saya ialah keyakinan bahawa Dia wujud," jelas Othman.

Pada tahun pertama di sekolah rendahnya, dia membuat satu laporan mengenai seorang penghuni gua, dan dia masih ingat membaca beberapa artikel yang harus dikajinya untuk menyiapkan laporan tersebut.

"Penghuni gua tidak mempercayai sebarang zat yang agung dan meyakini bahawa tidak akan ada kehidupan selepas mati," ingatnya.

Dia menambah lagi dengan mengatakan bahawa walaupun keluarganya ialah ateis dan mempunyai keyakinan yang sama dengan penghuni gua tersebut, bayangan tentang tidak ada kehidupan sama sekali selepas mati tiba-tiba membuatkan dia rasa takut.

"Saya mula menangis dan menjerit-jerit, dan keluarga saya tidak menolong kerana mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Markah saya lantas merosot ketika itu," katanya.

Oleh kerana keadaannya semakin teruk, keluarganya mengambil keputusan menghantarnya kepada seorang ahli psikiatri.

"Jangan susah hati, hanya kerana orang lain semuanya sudah mati, ini tidak bermakna yang awak juga akan mati," ingat Othman sambil meniru gaya muka ahli psikiatri itu.

Dia menghadiri kelas-kelas agama hanya untuk membolehkannya keluar lebih awal dari sekolah, dan dalam salah satu kelas tersebut, dia bertanyakan satu soalan kepada guru yang mengajar, "Bilakah Jesus tahu yang dia seorang Tuhan?"

Guru tersebut, yang agak tersentak dengan soalannya menjawab, "Itu satu soalan baik dan terdapat banyak pendapat yang berlainan mengenainya." Mengelirukan.

Peringkat kanak-kanak yang begitu mengelirukan dan memeningkan kepalanya akhirnya berlalu, dan budak lelaki kecil itu pun terus membesar bersama-sama soalan-soalan yang semakin bertambah. Tetapi baginya adalah penting untuk mencari jawapannya.
Dia mula membaca pelbagai buku agama yang berbeza tetapi semuanya tidak membawa Othman kepada kebenaran. Dia menemui beberapa orang yang menyebut tentang agama Islam, tetapi tidak pula menerangkan sesuatu mengenai ajaran agama itu sendiri.
Satu hari, dia terbaca, "Sekiranya anda mencari, anda akan menemuinya" di dalam kitab Bible. Itulah titik yang memulakan perjalanannya yang panjang dalam mencari kebenaran.

"Tuhan, saya akan berpergian. Tolonglah temukan saya kepada kebenaran " doanya sebelum dia memulakan perjalanan tersebut.

Othman menjelajahi benua Amerika dengan menumpang-numpang kereta orang, dari satu bandar ke satu bandar dengan fikiran yang penuh kekusutan dan kekeliruan. Pada satu ketika, apabila dia menumpang sebuah lori kecil ke Ohio, dia telah ditanya oleh dua orang lelaki di dalam lori tersebut,

"apakah anda hendak bekerja?"

Othman menjawab."ya, saya mahu bekerja di sebuah ladang untuk beberapa hari bagi mengetahui bagaimana keadaannya," katanya.


"Apakah yang kamu sedang cari, anakku?"

Tanya pemandu lori tersebut. Othman begitu terkejut mendengar soalan tersebut kerana dia tidak pernah memberitahu sesiapa akan tujuan pengembaraannya itu. Pada mulanya Othman agak kagum dengan lelaki yang sudah berusia itu, tetapi dia menjawab,

"Saya sedang mencari Tuhan."

Pemandu tersebut terus menoleh kepada lelaki yang berada di sebelahnya dan berkata,

"Kan saya dah katakan kepada awak tadi."

Kemudian Othman menghabiskan masa beberapa hari bekerja di sebuah ladang dengan lelaki tua tersebut. Peladang tua itu seorang yang menarik. Walaupun dia banyak menderita, Othman tidak pernah mendengar sesuatu yang buruk melainkan pujian untuk Tuhan dari mulutnya. Dari Ohio, Othman pulang ke rumahnya, dan kemudian bertolak pula ke Eropah. Dia menghabiskan masa sebulan di London. Sewaktu di London, dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan dan dia pun pergi ke kedai-kedai buku dan restoran. Sepanjang-perjalanannya itu, Othman sentiasa berdoa kepada Tuhan agar diberi-Nya petunjuk dan panduan.

"Saya begitu takut kalau-kalau saya tersalah langkah atau bertemu dengan orang yang salah, yang mungkin membawa saya kepada kesesatan,'' terang Othman.

Pada satu hari, dia pergi ke sebuah kedai buku dan melihat-lihat di dalamnya. Dia ternampak sebuah buku yang berjudul Muhammad. Buku itu pun diambilnya untuk mengetahui isi kandungannya. Dua orang lelaki yang berada di dalam kedai tersebut memerhatikannya. Mereka mendekatinya dan bertanya,

"Adakah anda berminat dengan Nabi Muhammad (s.a.w.)?" Othman tidak tahu apa yang harus dijawabnya kerana dia tidak tahu apakah kandungan di dalam buku yang telah diambilnya itu.

Kedua-dua lelaki tersebut, seorang daripadanya lelaki Muslim berbangsa Amerika, dan seorang lagi berbangsa Inggeris membawa Othman ke sebuah kedai kopi dan menerangkan tentang Islam kepadanya.

"Saya dapat merasakan dalam hati bahawa saya akhirnya menemui apa yang telah saya cari-cari selama ini. Mereka menerangkan kepada saya keseluruhan teori mengenai Islam dalam cara yang sungguh sopan, dan saya benar-benar yakin dengan penerangan mereka itu,"sambungnya lagi.

MEMPELAJARI

Kedua-dua lelaki itu kemudian membawa Othman ke rumah mereka dan menawarkan tempat tinggal di apartmen mereka. Di situlah Othman mempelajari lebih banyak tentang Islam.

"Ia satu pengalaman yang mengkagumkan. Mereka langsung tidak memaksa saya menerima apa-apa pengajaran daripada mereka; mereka cuma amalkan tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dan begitulah cara saya belajar," terang Othman.

Othman memeluk Islam hanya selepas seminggu berada bersama-sama rakan-rakannya yang baru dikenalinya itu dan dia meneruskan lagi tempoh tinggalnya di rumah mereka agar dia boleh mengetahui dan belajar lebih banyak tentang Islam daripada mereka. Selepas itu, dia pun menghabiskan masa selama tiga tahun berdakwah mengenai Islam di pelbagai negara di Eropah.

"Saya diberitahu bahawa saya tidak perlu menunggu sehingga saya tahu segala-galanya mengenai Islam, sebelum saya boleh mengajak orang lain kepadanya. Apa yang ada pada saya sudah cukup untuk berbuat demikian dan saya berada bersama beberapa Muslim yang cukup alim, yang boleh memberikan saya tunjuk ajar apabila saya memerlukannya," kata Othman.

Di Pakistan, Othman mula menulis dan tujuannya hanyalah untuk menyediakan kisah-kisah yang menarik dan baik yang boleh menyumbang dalam menghiburkan dan mengajar anak-anak serta remaja tentang akhlak mulia, dan untuk menyediakan alternatif kepada bahan bacaan tidak berguna yang banyak terdapat di pasaran.

"Di dalam buku-buku saya, saya mahu memaparkan satu model untuk anak-anak kita mengikuti juga untuk mengajar mereka tentang soal-soal amanah, iman dan lain-lain perkara, di samping menghiburkan mereka agar mereka tidak leka dengan bahan-bahan yang melalaikan, yang banyak terdapat di pasaran."

Othman mula menulis di Pakistan 12 tahun lalu dan telah menghasilkan beberapa buah novel serta cerita-cerita pendek yang telah diterbitkan di seluruh dunia. Abdullah Yang Tidak Dapat Dikalahkan merupakan satu siri novel yang memaparkan kisah seorang kanak-kanak Muslim dari England yang menempuh pelbagai pengalaman dan kesukaran. Perkara yang dapat mengeluarkannya daripada segala masalah tersebut ialah iman dan akhlak Islamiahnya. Dia juga menulis lebih kurang 36 kisah-kisah pendek dan 18 buah buku. Buku-buku tersebut juga banyak menarik perhatian dan mendapat sambutan yang baik, terutamanya di Amerika Syarikat.

Othman yang sekarang tinggal di Madinah, mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Al-Manarat dan sekarang sedang menulis novelnya yang kelima dalam siri `Abdullah Yang Tidak Dapat Dikalahkan'. Buku-bukunya boleh didapati di kedai-kedai buku tempatan. Akhirnya, segala-galanya nampak sudah sempurna buat Othman. Orang yang telah menjelajahi dua benua untuk mencari kebenaran, akhirnya telah menemuinya di sebuah kedai buku London dan sekarang sedang berusaha agar ia dapat ditemui oleh orang lain di rak-rak kedai buku.