27 December 2009

DUGAAN...



KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ."
( Surah Al-Baqarah ayat 216 )


KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
( Surah Al-Baqarah ayat 286 )


RASA KECEWA ??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pulak kamu bersedih
hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya ,
jika kamu orang-orang yang berusaha."
( Surah Al-Imran ayat 139 )


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

" Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu ( menghadapi
segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang
berkebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, di medan perjuangan ), dan bersedialah ( dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah
kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan )."
( Surah Al-Imran ayat 200 )

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah )dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
( Surah Al-Baqarah ayat 45 )


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin , diri ,
harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
( Surah At-Taubah ayat 111 )


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakkal ."
( Surah At-Taubah ayat 129 )


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ... ... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang
kafir."
( Surah Yusof ayat 12 )


Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari
kita terubat dengan janji-janji Allah... ... ... .
sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk
segala permasalahan... ..kerana ialah penawar... ..penawar untuk
kita... ... ...
marilah kita kembali kepada Al-Quran... ..kembali mengamalkan ajaran
yang terkandung sepenuhnya... ... ..
semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana... .

KENANGAN LALU


Salam kepada semua.

Dalam melewati malam yang kian sepi dan suram, ku terkenang kembali saat-saat manis yang ku lalui suatu ketika dulu. Syukur ku panjatkan kehadrat Ilahi kerana telah takdirkan diriku digelar sebagai seorang insan yang belajar di sebuah sekolah agama. Sebuah sekolah agama rakyat yang ku sayang, yang telah mendidikku supaya menjadi anak yang solehah. Masih terbayang di fikiranku saat aku menjejaki bumi Maahad, ketika itu, umurku belum lagi mencecah tujuh tahun. Ku rasa hati dan jiwaku kosong. Bagaimana di saat usiaku begitu, aku akan tinggal di asrama yang tidak diketahui keadaan dan suasana hariannya. Kelas yang tidak tertutup sepenuhnya, surau yang tiada dindingnya, dan semuanya serba kekurangan. Ku melangkah ke kantin yang dikenali 'dewan makan'. Dindingnya hanyalah menggunakan besi dan agak terbuka. Namun, tidak ku perkecilkan kerana itulah sekolah yang telah dipilih oleh ayah dan ibuku. Walaupun agak berat hati, namun ku gagahkan jua demi impian ayah dan ibu yang tercinta.

Hari pertama, aku dilayan umpama seorang raja. Aku rasa sungguh bahagia. Di sinilah, aku diajar disiplin yang tinggi. Setipa perkara yang dilakukan dari pagi sampai malam, semuanya mempunyai had masa. Aku cuba melakukan yang terbaik. Apa yang ku tahu, sekolah ini pembelajarannya bukan sahaja bahasa melayu, tapi juga bahasa arab. Namun, bahasa inggeris juga tidak ditinggalkan. Kali pertama berada di dalam kelas, aku terasa sunyi. Darjah satu ku sudah dikenali dengan sirah, fekah, tauhid, tafsir dan berbagai lagi subjek fardhu ain yang lain. Semuanya dalam bahasa arab. Kira-kira dalam 20 subjek semuanya termasuk akademik. Aku mula bimbang. Namun, ku cuba tabahkan hati menghadapi semua mata pelajaranku. Saat itu, terbayang muka ibu dan ayah yang memberi harapan. Terngiang-ngiang kata-kata ayah sebelum aku masuk ke sekolah ini. " Abah janji, kalau kak cik dapat nombor 1, abah bagi hadiah "

Aku yang ketika itu masih lagi di level yang rendah, hadiah merupakan satu benda yang diinginkan. Itulah naluri kebudak-budakan. Setiap hari, rutin kami sudah disusun oleh pihak pengurusan. Kami bersama melakukan satu perkara dalam setiap waktu. Masih terlayar di ingatan, kami akan dikejutkan pada awal pagi, kemudian masuk ke dalam surau dan berwirid. Selepas solat subuh, kami wajib menghafaz al-Quran mengikut sukatan yang telah ditentukan sehingga pukul 7.30. Kemudian, kami sarapan pagi dan menyiapkan diri untuk ke kelas. Sebelum kekelas, satu perhimpunan harian diadakan. Selepas itu, barulah kami ada kelas qiraati dan bacaan al-Quran. Seterusnya, barulah masuk kedalam kelas.

Andai ada masa lagi, ana akan sambung di lain kali. Firman Allah dalam surah an-naba' : " Wajaalna laila libasa ". " Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian bagi kamu. "...Maknanya untuk rehat dan tidur.....